
KUALA LUMPUR – Education Malaysia Global Services (EMGS) mempertingkat proses penilaian permohonan visa pelajar asing ke negara ini, agar setara dengan amalan terbaik destinasi pendidikan antarabangsa lain.
Ketua Pegawai Eksekutif EMGS Yazid Hamid berkata sistem baharu itu yang mengintegrasi Sistem Pendaftaran Permohonan Pelajar (STAR) EMGS dan Sistem MyImms Jabatan Imigresen disasar menandingi amalan di United Kingdom, Amerika Syarikat dan Australia.
“Integrasi kedua-dua sistem ini akan memastikan tempoh pemprosesan pengeluaran surat kelulusan visa menepati piagam pelanggan kami,” katanya dalam kenyataan di sini Jumaat.
Katanya dengan pelaksanaan sistem yang ditambah baik itu, proses menyaring permohonan akan lebih cekap dengan tumpuan kepada pemohon yang berisiko tinggi, manakala yang kurang berisiko pula akan menikmati beberapa kemudahan.
EMGS yang terletak di bawah Kementerian Pendidikan merupakan pusat sehenti yang mengintegrasikan promosi dan pemasaran antarabangsa untuk pendidikan dan latihan serta satu-satunya saluran untuk permohonan, pemprosesan dan pengeluaran visa pelajar asing. – BERNAMA
Tidak ada komentar:
Posting Komentar