
Khairy Jamaluddin hari ini menyelar Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dilihat memberi jawapan angkuh berhubung permintaan supaya PR memperkenalkan barisan kabinet bayangan mereka dengan segera.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO itu membuat kenyataan demikian melalui akaun Twitternya.
“Anwar mungkin boleh ketepikan kenyataan saya, berani terus ketepikan pandangan mereka (pengundi)?” menurut tweet Khairy.
Khairy dalam tweet itu turut menyelar Anwar dengan berkata “Kalau tak berani umum kabinet bayangan, cakap sahajalah, tak payah bagi jawapan angkuh,” katanya.

Anwar dipetik The Malaysian Insider (TMI) dengan angkuhnya menjawab dalam Bahasa Inggeris “Mind your own business,” atau jaga tepi kain sendiri kepada Khairy mengenai isu kabinet bayangan itu.
“Khairy sepatutnya terus fokus pada tugas beliau sebelum masuk campur urusan PR,” kata Anwar semalam yang dilaporkan oleh Sinar Harian dan dipetik TMI.

Khairy berkata bukan beliau atau Barisan Nasional (BN) yang bangkitkan isu kabinet bayangan tetapi ia dibangkitkan oleh Ketua Pemuda Pas Pusat Nasrudin Hassan yang membuat kenyataan itu dan disiarkan oleh akhbar hari ini.
Menurut Nasrudin, adalah penting untuk PR mengeluarkan senarai kabinet bayangan supaya jika berjaya mengambil alih pentadbiran negara kabinet berkenaan boleh terus berfungsi segera kepada rakyat.
“Adalah penting untuk satu kabinet bayangan oleh PR, katakanlah pada satu hari bila PR mengambil alih pemerintahan Kerajaan Persekutuan, kita akan dapat menyampaikan khidmat dengan segera kepada rakyat,” katanya dalam satu temubual dengan The Star Online.
Sementara itu, Ketua Pemuda Parti Gerakan Kedah Tan Keng Liang dalam twitternya mempersoalkan jawapan Anwar yang secara tiba-tiba menyuruh Khairy memberi tumpuan kepada tugas di kabinet daripada menjawab desakan ramai pihak.

Beliau turut melabelkan jawapan Anwar itu sebagai salah satu taktik terbaru mengalihkan perhatian rakyat daripada memberi fokus kepada isu utama berbanding tindakannya membuat ugutan saman atau menuduh ia sebagai satu konspirasi jahat Umno dan BN.
Oleh : KUMBANG WIRA
Tidak ada komentar:
Posting Komentar