​
Tampilkan postingan dengan label bunuh. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label bunuh. Tampilkan semua postingan

Selasa, 11 Februari 2014

Tak Mau Jadi Anak Dara Tua Wanita Ini Bunuh Diri

26 Julai 2013
 Kawin memang menjadi sebuah awal perjalanan baru bagi setiap pasangan. Setiap pernikahan disambut dengan sukacita, dirayakan dengan bahagia. Di negara timur  menikah bagi wanita dianjurkan sebelum usia 30 tahun. Banyak negara yang menganggap tidak kunjung menikah adalah sebuah aib, apalagi bila sampai berusia di atas 30 tahun.
 
Hana Muhammad Abdullah, gadis tinggal di WilayahAl-Minya, sebelah selatan Ibu Kota Kaherah, Mesir, termasuk orang yang kurang beruntung. Hingga usia 32 tahun, dia belum juga mendapat pesangan hidup. Hana merasa malu, sering mendengar sindiran dan ejekan orang dan mendapat tekanan di sana-sini. Merasa kecewa dan sangat tertekan, akhirnya Hana memutuskan untuk bunuh diri.
 
Sedih sekali mengetahuinya, bahawa kerana belum juga menikah, seorang wanita sampai bunuh diri. Hana mengiris urat nadi tangannya menggunakan pisau. Dia nekat melakukan itu selepas makan sahur. Masyarakat dan keluarga dekat memang terkadang menjadi sumber depresi bagi anggota keluarganya sendiri. Jodoh tidak ada yang tahu, karena itulah mungkin Hana tidak juga menikah.
 
stesyen televisyen Al Arabiya, Rabu (24/7), mengutip laporan surat khabar Al-Ahram menyiarkan bahawa Hana juga mengalami depresi. Hana semakin malu kerana dirinya tidak   ada yang melamar dan menemukan pendamping hidup. Sang ayah mengakui puterinya itu stresa kerana belum juga kahwin. Dia tambah tertekan setelah adik perempuannya menikah.
 
Tekanan dari masyarakat, sindiran dari keluarga dan tidak adanya support membuat Hana memutuskan untuk mengakhiri hidupnya. Sedih, faktanya adalah belum menikah sebenarnya bukanlah suatu kejahatan. Bila ada teman atau keluarga anda yang telah menikah, jangan membuat dia semakin sedih.

{ Read More }


Jumat, 20 Desember 2013

Penyanyi Didakwa Bunuh Suami Ialah Nouri Ramli


nouri

**Pihak polis telah mengesahkan penahanan penyanyi wanita 39 tahun yang terlibat di dalam kes membelasah suaminya sehingga mati adalah Nouri Ramli.
Nouri pernah popular dengan lagu Hadirmu Yang Terakhir dan turut memenangi anugerah Artis Baru Wanita Terbaik, Anugerah Industri Muzik (AIM) pada tahun 1999.
Berita asal di bawah:
AMPANG – Seorang penyanyi wanita sanggup membelasah suaminya dalam keadaan kaki dan tangan terikat hingga mati gara-gara tidak mahu mangsa bertemu dengan anak perempuan mereka berusia setahun.
Dalam kejadian jam 5 petang kelmarin, suspek bersama dua anak saudaranya bertindak sedemikian selepas berang apabila mangsa mendesak meminta bertemu dengan anaknya meskipun tidak dibenarkan berbuat demikian.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata,  pihaknya yang menerima maklumat tentang kejadian, bergegas ke rumah itu sebelum menemui mangsa  tidak sedarkan diri di dalam sebuah bilik dengan keadaan terikat.
Menurutnya,  mangsa cuba diberi bantuan kecemasan oleh anggota paramedik namun disahkan sudah meninggal dunia.
Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk bedah siasat.
“Hasil bedah siasat mendapati mangsa maut kerana serangan jantung akibat pergelutan dan kekasaran. Suspek dan dua anak saudaranya ditahan reman untuk membantu siasatan,” katanya.
nouri 2
Menurutnya, polis merakamkan percakapan suspek dan kes dijangka dibawa ke pendakwaan pada masa terdekat
Difahamkan, pasangan berusia 39 tahun itu tidak tinggal bersama sejak setahun lalu dan dalam proses penceraian. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – SinarHarian

{ Read More }


IconIconIconFollow Me on Pinterest