​
Tampilkan postingan dengan label lelaki. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label lelaki. Tampilkan semua postingan

Senin, 10 Maret 2014

Tidak Punya Kekasih Lelaki Ini Berkasih Dengan Dirinya Sendiri Tak ke giler

  12 Ogos 2013 
 
(c) rocketnews24
 Banyak cara digunakan untuk mengungkapkan cinta, salah satunya adalah mempamerkan foto so sweet bersama kekasih tercinta. Lihat saja foto lelaki ini, kekasihnya pasti wanita yang perhatian. Lihat bagaimana dia disuapken  kentang dan bekas sos itu dihapus dari bibirnya. Apakah kekasihnya so sweet seperti foto di bawah ini?
Pacar nyata dan sungguhan (c) rocketnews24 
Pacar nyata dan sungguhan (c) rocketnews24
Hmm.. perkiraan anda salah, kerana semua foto lelaki ini diambil seorang diri. Alias.. dia berpacaran dengan dirinya sendiri. Tangan yang sedang menyuapkan makanan atau menyeka sos di mulut adalah tangannya sendiri. Semua foto so sweet ini dilakukan sendiri. Bagaimana boleh? Tentu saja boleh dengan sedikit trik.

Dilansir oleh Rocketnews24.com, lelaki ini menunjukkan bagaimana trik beberapa lelaki yang tidak punya kekasih boleh   mempamerkan kekasihnya. Tidak perlu kekasih sewaan atau yang seperti itu, cukup bermodal foundation, pewarna kuku dan ikat rambut kain.
(c) rocketnews24 
(c) rocketnews24
Caranya.. pakai foundation di salah satu tangan. Cara ini dilakukan agar kulit tangan lebih putih dan tampak lebih halus seperti tangan wanita. Lalu gunakan pewarna kuku agar lebih cute. Tidak lupa pakai ikat rambut kain di pergelangan tangan, agar terlihat lebih cewek.

Lalu datang saja ke rumah makan yang menyediakan menu-menu seperti kentang goreng. Dengan satu tangan memegang kamera, tangan yang satu lagi (tangan cewek) menyuapkan makanan ke mulut. Kemudian ambil pose yang cute, seolah-olah sedang disuapkan oleh pacar betul. Tada.. jadilah foto-foto so sweet ini..
(c) rocketnews24 
(c) rocketnews24
Hanya perlu sedikit trik agar lelaki jomblo boleh  pamer di sosial media bahawa dia pun ada kekasih. Seolah-olah sang pacar so sweet sampai menyuapkan makanan, membuat pose lucu di wajah sang lelaki ketika  tidur atau seolah-olah iseng menuliskan sesuatu di pipi sang lelaki.
(c) rocketnews24 
(c) rocketnews24
Ya ya ya.. semua itu boleh jadi hanya tipuan kamera dan tangan semata. Jadi jika ada lelaki (atau wanita) yang pamer pacar hanya dari tangannya saja, anda boleh menduga-duga apakah trik ini dipakai atau tidak.
 Sumber:Vemale.com
{ Read More }


Selasa, 17 Desember 2013

Ajaib! Lelaki Ini Jatuh Tingkat 47 Tapi Masih Hidup



Fuh Ajaib! Lelaki Ini Jatuh Tingkat 47, Tapi Masih Hidup | NEW YORK – Sekumpulan doktor terkejut apabila mendapati seorang pekerja pencuci tingkap sebuah bangunan pencakar langit di New York kembali sedar dan dijangka boleh berjalan semula walaupun jatuh dari tingkat 47.

Alcides Moreno (gambar), 37, jatuh dari ketinggian 152 meter pada 7 Disember lalu selepas perancah tempatnya bekerja tiba-tiba runtuh, namun abangnya terbunuh dalam kejadian berkenaan.

Moreno terus hidup dan para doktor di Hospital New York-Presbyterian kelmarin mengumumkan proses pemulihannya sangat menakjubkan.

Selain boleh menggerakkan semua anggota, Moreno juga mampu bernafas sendiri serta mula bercakap mengenai kemalangan itu buat kali pertama pada Hari Krismas lalu.

Isterinya, Rosario Moreno, menangis dan mengucapkan terima kasih kepada doktor serta jururawat yang merawat suaminya.

Presiden hospital berkenaan, Dr. Herbert Pardes menyifatkan keadaan Moreno ketika dia dikejarkan ke hospital sebagai ‘satu malapetaka.’


Moreno mengalami pendarahan otak, patah di kedua-dua kakinya, tangan serta pergelangan tangan kanan patah manakala tulang belakang turut cedera.

Pada jam pertama dimasukkan ke hospital, pasukan doktor memasukkan 24 unit darah iaitu dua kali lebih banyak berbanding darahnya sendiri.

Pasukan doktor memberinya plasma, platelet dan ubat untuk merangsang pembekuan darah. Doktor juga memasukkan tiub ke otaknya untuk mengurangkan bengkak serta membedah perutnya bagi mengurangkan tekanan pada organ dalaman Moreno.

“Jika anda percaya pada keajaiban, inilah kesnya,” kata ketua bedah, Dr. Philip Barie. SUMBER

{ Read More }


IconIconIconFollow Me on Pinterest