​
Tampilkan postingan dengan label pas. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label pas. Tampilkan semua postingan

Selasa, 31 Desember 2013

Mat taib mantan MB Selangor dah jadi ahli PAS

Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad bin Muhammad Taib atau lebih dikenali sebagai Mat Taib atau nama timangannya Mike Tyson dilaporkan telahpun menyertai Parti Islam Semalaysia (PAS) sebentar tadi.
Beliau dikatakan telah menyerahkan borang keahlian kepada Datuk Dr Harun Din dirumah Dr Harun Din di Bangi tadi.

Pengisytiharan kemasukan Mat Taib ke dalam parti Pas pula akan dilakukan Tuan Guru Haji Hadi Awang pada malam esok. Sama-sama kita nantikan pengisytiharan ahli baru Pas ini nanti.

Semoga dengan kemasukan bekas menteri besar selangor daripada Umno ini bakal memberikan impak dan tenaga positif kepada Pas dan juga Pas Selangor secara khususnya.

Marilah berdoa agar ramai lagi tokoh-tokoh besar berhijrah untuk bersama-sama dengan perjuangan Islam yang dibawa oleh Pas.
{ Read More }


Minggu, 22 Desember 2013

Kelihatan calon PAS N 17 Tanjong Aru melawat wilayah Barisan Nasional

Kelihatan calon PAS N.17 Tanjong Aru, Peguam Hamid Ismail sedang menyantuni masyarakat di wilayah Barisan Nasional.  Lihatlah sendiri kehidupan marhaen dalam wilayah BN ini...
Kelihatan calon PAS N.17 Tanjong Aru, Peguam Hamid Ismail sedang menyantuni masyarakat di wilayah Barisan Nasional.
Lihatlah sendiri kehidupan marhaen dalam wilayah BN ini...
sumber :PAS Sabahs photo.
{ Read More }


Kamis, 19 Desember 2013

Presiden PAS ziarah kuburan Almarhum Ustaz Azizan

Harakahdaily 

Zulkifli Yahaya, 01 Okt 2013


POKOK SENA: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang hari ini menziarahi kuburan bekas Menteri Besar Kedah, Almarhum Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak di Muassasah Darul Ulum yang meninggal dunia Khamis lalu.

Sebaik tiba di tapak perkuburan kira-kira jam 12 tengahari, Tuan Guru Abdul Hadi bersama rombongan menunaikan solat jenazah ghaib serta mendoakan kesejahteraan untuk Almarhum Ustaz Azizan.

Ustaz Abdul Hadi tidak hadir di majlis pengkebumian bekas Pesuruhjaya PAS Kedah Khamis lalu kerana menghadiri forum persidangan Islam di Pakistan.

Beliau memuji Azizan yang sepanjang hayatnya memberikan komitmen tinggi untuk perjuangan Islam.

"Sepanjang hayat tiada istilah rehat bagi beliau, sehinggalah Allah SWT menjemputnya dari ribaan umat,” kata Abdul Hadi.

Turut hadir menziarahi kubur Almarhum Ustaz Azizan ialah Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi, Timbalannya, Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz dan Setiausaha Politik Presiden PAS,  Dr Ahmad  Samsuri Mokhtar.

{ Read More }


IconIconIconFollow Me on Pinterest