​
Tampilkan postingan dengan label trak. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label trak. Tampilkan semua postingan

Selasa, 04 Februari 2014

Trak kempen DAP ghaib di Johor

Malaysiakini

  • Nigel Aw
  •   Nov 3 2012
 
Salah satu daripada tiga trak kempen pilihan raya DAP yang baru dilancarkan didapati hilang pagi ini di Johor, kata ketua DAP negeri Dr Boo Cheng Hau.
Boo berkata trak tiga tan yang diparkir di luar sebuah rumah kedai di Taman Tun Aminah itu dipercayai dicuri.

"Ia diparkir di luar rumah kedai ketua Wanita saya, apabila mereka pulang pada 11 malam, mereka dapati ia masih ada di situ tapi pada jam 7 pagi apabila anak perempuannya keluar, dia dapati trak itu sudah ghaib," katanya.

Boo berkata, trak yang mudah dikenali – dengan gambar besar maskot Ubah itu menjadi sasaran walaupun berada berdekatan dengan trak lain di jalan tersebut.

Oleh yang demikian, beliau menganggap bahawa kejadian itu bermotif politik kerana trak lain di kawasan itu tidak terjejas.
{ Read More }


Senin, 23 Desember 2013

Google Earth Bantu Temui Trak Curi


NAMPAKNYA laman peta maya, Google Earth mempunyai kegunaan lebih daripada untuk mencari lokasi apabila ia berjaya membantu menemukan sebuah trak yang dicuri.

Ceritanya bermula apabila seorang lelaki yang enggan didedahkan identiti menggunakan laman tersebut untuk menyelidik kawasan di George County, Mississippi.
Dia kemudiannya menemui sebuah rumah mencurigakan yang dibina secara haram.

Berasa ada sesuatu tidak kena, lelaki itu pergi ke rumah misteri berkenaan bersama anaknya sebelum menemui trak yang berada dalam siasatan polis kerana dilaporkan hilang, awal tahun ini.

Polis bagaimanapun masih menyiasat pihak yang bertanggung jawab melakukannya. – REM RAMZI
{ Read More }


IconIconIconFollow Me on Pinterest