​
Tampilkan postingan dengan label bekas. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label bekas. Tampilkan semua postingan

Selasa, 18 Februari 2014

Seorang lagi bekas jeneral isytihar sokong Pakatan sertai KEADILAN

(Dikemaskini) PETALING JAYA 6 MAC: Selepas empat bekas jeneral tentera menyertai Pakatan Rakyat baru-baru ini, seorang lagi bekas jeneral mengisytihar sokongan sama, hari ini.
lagi jenPerisytiharan Ketua Turus Angkatan Tentera Darat, Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein itu dibuat di ibu pejabat KEADILAN, depan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Md Hashim yang bersara pada 2002 turut mengumumkan penyertaan beliau dalam KEADILAN.
Ketua Umum KEADILAN pada ceramah 19 Februari lalu pernah memberi bayangan lebih ramai bekas pegawai tertinggi tentera akan menyertai Pakatan.
Sebelum ini, Lt Jen (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid; Brig Jen (B) Datuk Abdul Hadi Al-Khatab; Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid dan Brig Jen (B) Datuk Najmi Ahmad, mengisytihar sokongan kepada Pakatan.

Ghafir ialah bekas Timbalan Angkatan Tentera Darat; Bekas Panglima Logistik di Markas Logistik Udara (Hadi); Bekas Ketua Staf Logistik Markas Armada TLDM (Imran) dan Bekas Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (Najmi).

Menyentuh isu Lahad Datu, Md Hashim berkata, pencerobohan itu boleh ditangani dalam tempoh lebih singkat seperti peristiwa Sauk dahulu yang hanya mengambil masa empat hari.

Katanya, operasi pihak keselamatan dalam peristiwa Sauk itu dilakukan dalam masa lebih singkat kerana terdapat rantaian perintah yang lebih jelas.
“Sepatutnya ada rantaian arahan yang jelas tetapi buat masa ini (pencerobohan Lahad Datu) saya tak fikir ia berlaku,” kata bekas Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan itu.
“Jika saya boleh bandingkan dengan Sauk, kita mampu selesaikan dalam masa empat hari.
“Kenapa? Kerana kita ada struktur arahan yang jelas dan penggemblengan (tentera dengan) segera,” katanya dipetik Malaysiakini.
Beliau berkata demikian pada sidang media pagi tadi.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/
{ Read More }


Senin, 30 Desember 2013

Wanita Bayar Wang Perceraian kepada Bekas Suami dengan Duit siling

  19 Ogos 2013
 
news.com.au

Nebraska - Seorang wanita di Nebraska, Amerika Syarikat marah apabila diminta oleh mahkamah untuk membayar wang perceraian kepada mantan suaminya. Dia pun membayar wang gono-gini sebanyak US$ 50.12 dalam bentuk duit siling beserta beras dan kacang-kacangan.

Wanita yang tidak disebut namanya ini bermaksud mengejek mantan suaminya dengan mengirim catatan bersama dengan wang receh tersebut. Wanita ini memintanya untuk menjalani kehidupan yang baik dan menceritakan bagaimana hidupnya sangat baik tanpa dirinya.

Seperti dilansir news.com.au, Isnin (19/8/2013), wang receh tersebut dimasukkan ke dalam bekas plastik. Mantan suaminya,   Andy ini pulak memposting ke internet foto wang receh tersebut beserta pesan dari mantan isterinya.

"Andy, ini wang sebanyak 47 dolar dan 12 sen dalam bentuk receh satu sen. Untuk 3 dolar lagi digunakan untuk membayar wadah(bekas plastik) yang aku gunakan. Struk pembayaran juga disertakan jika kamu mau mengembalikannya ...," demikian tulis sang mantan isteri.

"Oh! Satu hal lagi, aku menambahkan kacang dan beras untuk mengingatkanmu bahawa kamu menikahi seorang beaner :) Aku harap kamu memiliki kehidupan yang menakjubkan! Kerana aku tahu kehidupanku 20 kali lebih baik tanpamu!" imbuhnya.

Beaner merupakan sebutan kasar untuk seseorang yang berasal dari keturunan Hispanik. Nampaknya dalam pesannya ini, si wanita menggunakan istilah beaner sebagai kebanggaan.

Postingan Andy ini dengan cepat menuai komentar. Sebahagian besar menyokong Andy. Bahkan ada yang menyarankan agar Andy memukul isterinya dengan wadah plastik seharga US$ 3 tersebut.

Dalam postingannya, Andy menuliskan bahawa hubungan mereka yang awalnya sangat indah berubah drastis ketika mereka menikah. Menurut Andy, sang isteri tiba-tiba menjadi pemarah. Bahkan, masih menurut Andy, isterinya pernah mengandung anak mantan pacarnya namun kemudian keguguran.

Dalam pernyataannya, Andy menyebut mantan isterinya tidak boleh sepenuhnya disalahkan atas perceraian ini. Kerana menurutnya, dirinya juga ikut berkontribusi dalam memburuknya hubungan pernikahannya akibat obsesinya bermain game.
sumber:detikNews
{ Read More }


IconIconIconFollow Me on Pinterest