​
Tampilkan postingan dengan label duit. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label duit. Tampilkan semua postingan

Senin, 30 Desember 2013

Wanita Bayar Wang Perceraian kepada Bekas Suami dengan Duit siling

  19 Ogos 2013
 
news.com.au

Nebraska - Seorang wanita di Nebraska, Amerika Syarikat marah apabila diminta oleh mahkamah untuk membayar wang perceraian kepada mantan suaminya. Dia pun membayar wang gono-gini sebanyak US$ 50.12 dalam bentuk duit siling beserta beras dan kacang-kacangan.

Wanita yang tidak disebut namanya ini bermaksud mengejek mantan suaminya dengan mengirim catatan bersama dengan wang receh tersebut. Wanita ini memintanya untuk menjalani kehidupan yang baik dan menceritakan bagaimana hidupnya sangat baik tanpa dirinya.

Seperti dilansir news.com.au, Isnin (19/8/2013), wang receh tersebut dimasukkan ke dalam bekas plastik. Mantan suaminya,   Andy ini pulak memposting ke internet foto wang receh tersebut beserta pesan dari mantan isterinya.

"Andy, ini wang sebanyak 47 dolar dan 12 sen dalam bentuk receh satu sen. Untuk 3 dolar lagi digunakan untuk membayar wadah(bekas plastik) yang aku gunakan. Struk pembayaran juga disertakan jika kamu mau mengembalikannya ...," demikian tulis sang mantan isteri.

"Oh! Satu hal lagi, aku menambahkan kacang dan beras untuk mengingatkanmu bahawa kamu menikahi seorang beaner :) Aku harap kamu memiliki kehidupan yang menakjubkan! Kerana aku tahu kehidupanku 20 kali lebih baik tanpamu!" imbuhnya.

Beaner merupakan sebutan kasar untuk seseorang yang berasal dari keturunan Hispanik. Nampaknya dalam pesannya ini, si wanita menggunakan istilah beaner sebagai kebanggaan.

Postingan Andy ini dengan cepat menuai komentar. Sebahagian besar menyokong Andy. Bahkan ada yang menyarankan agar Andy memukul isterinya dengan wadah plastik seharga US$ 3 tersebut.

Dalam postingannya, Andy menuliskan bahawa hubungan mereka yang awalnya sangat indah berubah drastis ketika mereka menikah. Menurut Andy, sang isteri tiba-tiba menjadi pemarah. Bahkan, masih menurut Andy, isterinya pernah mengandung anak mantan pacarnya namun kemudian keguguran.

Dalam pernyataannya, Andy menyebut mantan isterinya tidak boleh sepenuhnya disalahkan atas perceraian ini. Kerana menurutnya, dirinya juga ikut berkontribusi dalam memburuknya hubungan pernikahannya akibat obsesinya bermain game.
sumber:detikNews
{ Read More }


Kamis, 19 Desember 2013

Kuala Besut Pengundi dilihat beratur ambil duit di rumah ketua kpg

  • Koh Jun Lin & Lee Long Hui
  • Malaysiakini Jul 24 2013
 
Pengundi telah dilihat beratur untuk mendapatkan wang tunai di luar rumah sekurang-kurangnya dua ketua kampung di Kuala Besut hari ini, kononnya untuk elaun perjalanan mereka.

Mereka dilihat di kediaman ketua kampung Lay Out dalam daerah mengundi Tok Saboh dan kediaman ketua kampung di kampung yang berdekatan.

NONEMalaysiakini tidak menyiarkan nama kampung tersebut sementara menunggu untuk mendapatkan respons daripada seseorang daripada pihak berkuasa.

Menurut beberapa pengundi yang ditemui Malaysiakini berhampiran pusat mengundi di SK Kampung Nangka dan di luar rumah ketua kampung itu - kebanyakan mereka  enggan dinamakan - wang itu untuk pengundi yang pulang dari luar untuk mengundi.

Jumlahnya ialah antara RM50 bagi mereka yang pulang dari Kota Baru, sehingga RM200 bagi mereka yang pulang dari Kuala Lumpur.

NONEBagaimanapun, apabila diminta untuk mengesahkannya, seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai ketua kampung Lay Out, Rajees menjawab, "Saya jutawan di sini. Saya boleh memberikan wang kepada sesiapa sahaja yang saya suka."

Ketika ditanya mengapa pengagihan wang itu dibuat serentak dengan hari pengundian pilihan raya kecil Kuala Besut, beliau mendakwa wang itu untuk duit raya.

Beliau menambah bahawa borang-borang yang dikemukakan oleh pengundi bagi menuntut elaun itu adalah bagi tujuan pengauditan.

NONEBeliau enggan memberitahu nama penuhnya atau membenarkan
gambar diambil di rumah, di mana kira-kira 50 orang beratur untuk menuntut wang mereka, dengan bendera BN dan menghias pintu pagar.

Sementara itu, seorang penduduk tempatan yang ditemui berhampiran rumah Rajees, yang ingin dikenali hanya sebagai Rizal, berkata wang itu adalah untuk elaun perjalanan dan perkara yang sama berlaku semasa pilihan raya umum lepas.

Keadaan yang sama juga dilihat di kediaman ketua kampung lain pada sekitar tengah hari, di mana Malaysiakini ternampak seorang kerani menyerahkan RM200 kepada pengundi manakala yang lain beratur menunggu giliran mereka.

NONEBagaimanapun, seorang penduduk kampung kemudiannya meminta
wartawan Malaysiakini supaya beredar dari situ.

Malaysiakini tidak dapat memperolehi jawapan konkrit dari penerima wang tersebut sama ada penyokong parti politik tertentu sahaja yang menerima wang tersebut.

Menurut seorang daripada mereka - seorang pemuda dari Kuala Lumpur yang hanya mahu dikenali sebagai Hilmi -  dia dihubungi melalui telefon sebelum hari mengundi dan di masukkan ke dalam senarai nama. Dia juga ditemui berhampiran rumah Rajee.
{ Read More }


IconIconIconFollow Me on Pinterest