​
Tampilkan postingan dengan label ibrahim. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label ibrahim. Tampilkan semua postingan

Selasa, 04 Maret 2014

Polis panggil Ibrahim Ali untuk beri keterangan


  • Susan Loone
  • Malaysiakini 3:04PM Jan 27 2013
Ketua polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali akan dipanggil untuk memberi keterangan berhubung seruannya untuk membakar Bible dalam bahasa Melayu dan tulisan Jawi yang menggunakan kalimah Allah.
Katanya, MP Pasir Mas itu akan disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan.

Peruntukan itu adalah berhubung kesalahan menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci membenci atau niat jahat atau memudaratkan pemeliharaan keadaan harmoni atau perpaduan.

Ia memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dua tahun dan tidak lebih lima tahun.

Bercakap dalam satu sidang media hari ini, Abdul Rahim juga berkata polis menerima tujuh laporna polis berhubung kenyataan Ibrahim.
{ Read More }


Senin, 23 Desember 2013

Fida Ibrahim Dikritik Kerana Berpakaian Ketat


Jika sebelum ini Shila Amzah dikritik peminat gara-gara berkongsi sebuah foto yang menunjukkan dia sedang berpakaian ketat sehingga menampakkan susuk tubuh. Terbaru, seorang lagi artis wanita turut terkena tempias yang sama.


Menerusi laman Instagram milik Fida Ibrahim, penyanyi yang terkenal dengan lagu Apo Kono Eh Jang itu dilihat sedang aktif berkongsi beberapa foto menariknya ketika sedang menjalankan sesi photoshoot.

Menerusi paparan foto itu, Fida kelihatan sangat anggun apabila menggayakan busana berwarna silver dan penampilan tersebut turut menyuntik eleman elegan buat si pemakai.



Bagaimanapun foto tersebut telah mengundang respon negatif dikalangan pengikut Fida, sehingga ada yang mendakwa penyanyi tersebut adalah mangsa fesyen dan menghamburkan kata-kata yang kurang elok.

Meskipun ramai yang mengkritik gaya pemakaian penyanyi tersebut, akan tetapi masih ada yang masih menyokong dan mengagumi gaya penampilan Fida Ibrahim.

Apa pun komen mahupun pandangan negatif peminat terhadap Fida, nampaknya penyanyi itu lebih selesa untuk mendiamkan diri dan tidak membalas segala kutukan tersebut.
{ Read More }


IconIconIconFollow Me on Pinterest