​
Tampilkan postingan dengan label polis. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label polis. Tampilkan semua postingan

Selasa, 11 Maret 2014

Ugutan Lucah Deejay Sinar FM Takkan Diam Diri Akan Buat Laporan Polis

Ugutan Lucah: Deejay Sinar FM Takkan Diam Diri, Akan Buat Laporan Polis


KUALA LUMPUR- Penyampai Sinar FM, Feeya Iskandar, 23, dilaporkan menerima sepucuk surat lucah daripada seorang individu yang tidak dikenali.
Berita ini telah disahkan Feeya menerusi status Facebook peribadinya, petang tadi.
Selain menerima surat lucah, anak kelahiran Johor Bahru ini turut menerima gangguan seksual daripada individu tersebut.
Malah, pintu rumah Feeya atau lebih dikenali dengan nama Cik Piah di Sinar FM sering saja digegar oleh individu yang tidak bertanggungjawab itu.
Sungguhpun tatkala ini pihak murai.com.my masih belum dapat menghubunginya, tetapi Feeya dilaporkan bakal membuat laporan polis untuk menjaga keselamatan diri.
Malah, ramai kenalan dan peminatnya di Facebook meninggalkan komen agar Feeya membuat laporan polis dalam kadar segera.
Berikut adalah status Facebook yang ditulis Feeya:
Kali ni saya x kan berdiam.kau berani sgt antar surat lucah dan gegar pintu rumah aku ya.sebelum ni kau penah buat tapi aku diam.tapi sekarang aku kena report polis sebelum keadaan lagi teruk.kau tunggu!! – Murai.com.my
{ Read More }


Selasa, 04 Maret 2014

Polis panggil Ibrahim Ali untuk beri keterangan


  • Susan Loone
  • Malaysiakini 3:04PM Jan 27 2013
Ketua polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali akan dipanggil untuk memberi keterangan berhubung seruannya untuk membakar Bible dalam bahasa Melayu dan tulisan Jawi yang menggunakan kalimah Allah.
Katanya, MP Pasir Mas itu akan disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan.

Peruntukan itu adalah berhubung kesalahan menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci membenci atau niat jahat atau memudaratkan pemeliharaan keadaan harmoni atau perpaduan.

Ia memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dua tahun dan tidak lebih lima tahun.

Bercakap dalam satu sidang media hari ini, Abdul Rahim juga berkata polis menerima tujuh laporna polis berhubung kenyataan Ibrahim.
{ Read More }


Rabu, 01 Januari 2014

Remaja Bakal Didakwa Maki Polis Trafik


AGAKNYA mungkin sudah jadi trend zaman sekarang, semua hendak disebarkan ke laman sosial termasuklah penghinaan kepada pihak berkuasa.

Jika sebelum ini ada Ah Beng ’1 Malaysia’ yang memuatnaik videonya memarahi seorang polis trafik kerana menyamannya, kali ini heboh pula di beberapa blog mengenai seorang remaja yang bakal dipenjara dua tahun kerana perbuatan yang sama.

Bezanya, remaja ini mengambil gambar sebelum memuatnaiknya ke laman Facebook dengan status yang penuh dengan maki-hamun.


Berikut ialah butir kejadian yang dipetik melalui panggungopera.blogspot:

Seorang anggota Polis Trafik IPD K.Pilah semasa bertugas kawalan kesesakan lalu lintas di Jalan Dato Ulu Muar Kuala Pilah pada 25/11/13 jam 10.30 pagi telah mengambil tindakan saman keatas sebuah kenderaan yang menghalang lalu lintas,

Pemilik kereta seorang lelaki Melayu umur 20an mempersoalkan tindakan saman dan pada masa sama lelaki tersebut bertindak mencabar dan mencekak baju serta merakam gambar anggota Polis Trafik tersebut menggunakan handphone.

Anggota Polis Trafik itu dgn tenang “TIDAK MELAYAN” provokasi pemilik kereta tersebut & beredar dari tempat kejadian.

Disebabkan TIDAK PUAS HATI dgn KETENANGAN Polis Trafik itu, dia telah muat naik gambar tindakannya ke Facebook dgn kata2 makian & UGUTAN.

Menurut sumber, satu laporan Polis dibuat selepas kejadian berlaku.

Tindakan:

1) Bertindak di atas kejadian Polis Kuala Pilah menyiasat kes dibawah sek. 353 kanun keseksaan kesalahan menggunakan kekerasan bagi menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

2) Lelaki disyaki telah ditangkap untuk siasatan lanjut dan akan didakwa di Mahkamah Kuala Pilah.

3) Sek.352 KK membawa hukuman 2 tahun penjara atau denda atau kedua duanya sekali.


Kami sokong jika orang yang berperangai sebegini diambil tindakan.

Memang betul akaun Facebook itu hak peribadi, tapi ia tidak bermakna anda boleh menjadikan ia sebagai medan mencerca sesuka-hati. Jangan lupa ya, negara masih ada undang-undang!

Oleh: ELZA
{ Read More }


IconIconIconFollow Me on Pinterest